Thursday, March 17, 2011

Kisah Benar nih!!

Pernahkah anda2 sekalian terserempak dengan seorang lelaki berjalan memakai helmet dekat area prai?? adakah anda fikir motor dia rosak ka? dia gila ka berjalan pakai helmet? orang tinggal dia ka?? mesti banyak persoalan yang kita fikirkan atau mungkin tercuit hati anda untuk gelakkan dia..
Sebenarnya lelaki yang anda2 terserempak itu nama dia pak njang, seorang pegawai kastam dan telah dilantik menjadi siak untuk kastam prai.
Alhamdulillah dia mempunyai kerja tetap dan baik.
siapa tahu dalam lubuk hati dia punyai satu perasaan yang amat sedih.
pak njang ada 7 orang anak, 5 orang dah kawin hanya 2 orang ja tinggal dengan dia dua2 lelaki dan tidak berkerja. mereka hanya mengharapkan duit bapa mereka saja! dua2 ni minta pak Njang beli motor sorang sebiji, Pak Njang belikan untuk kesenangan anak2 dia. Tapi Pak Njang suruh dua orang ini hantar dia pi kerja, sebab pak Njang tak pandai bawa motor mahupun kereta. Tapi anak dia tak pernah hantar dia kerja atau jemput dia masa pulang. anak dia hanya pandai meronda, main gitar sampai sanggup biarkan bapa dia pergi dan pulang kerja hanya berjalan kaki! apa ni??dia dah beli motor, tolong la dia sama!! Tiap2 hari dia berjalan dari Perai Jaya ke Kastam Prai, bukan dekat nah, walaupun area perai jugak.. Setiap hari dia berjalan sambil bawa helmet bersama, untuk apa dia bawa helmet? sebenarnya dia bawa helmet tu untuk dia bersedia. Mungkin ada sesiapa yang simpati akan tumpangkan dia, jadi sebab itu dia bawa helmet sama2.. Sedih weiihhhh.. Isteri dia pulak? ermm.... sebenarnya bini dia yang c****a ni dah lari dengan kereta Pak Njang ni.. Selepas dia tahu yang pak Njang ni disahkan "Barah Otak", yaa..Pak Njang da barah otak, dia sangat lemah.. dan dia cepat lupa. Cuba bayangkan dia  hari2 berjalan kaki dengan keadaan diri dia xsihat!! dia sakit, bukan sikit2 tapi CANCER! penuh wayer dekat kepala dia.. Napa bodo sangat anak2 dan bini dia nih?? anak 7 orang tapi sorang pun xboleh jemput atau hantar dia keja. Dia masih teruskan lagi mencari nafkah untuk anak2 dia, dia masih kuat untuk melaksanakan tangungjawab dia sebagai seorang bapa!
Sekarang ini Pak Njang masih dalam keadaan yang sama, dan menuggu masa untuk pencen pada hujung tahun ni. walaupun aku xpernah jumpa dia tapi aku teringin nak jumpa dia.. Insyallah bila aku free aku nak jumpa dia jugak. Pak Njang selalu pesan dekat mamay (adik aku) belajar rajin2, dan dapat kerja elok2.. tiap2 hari dia akan cerita benda yang sama dekat ibu, abah dan mamay tentang hidup dia. sebab dia mudah lupa.

Bagi aku sebagai seorang anak, aku xmampu nak lihat penderitaan Pak Njang. Aku berharap kesihatan Pak Njang beransur sembuh dan kuatkan semangat dia untuk menghadapai liku2 kehidupan ini.
Betapa mulianya hati Pak Njang ni.. Hanya Allah ja yang dapat membalas pengorbanan beliau disana nanti.. Insyallah... -_-

p/l: Jaga la orang tua kita even dia jahat sekalipun mereka tetap ibu yang melahirkan kita dan bapa yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. 

2 comments:

  1. weh......benar ini???sedih gila...bengong pnya ank2...emmmmmmmmmmmmm...

    ReplyDelete